Tuesday 9 August 2011

~LOVE YOU~

alangkah indahnya kalau aku bertemu dengan dirinya pada cintaku yang pertama,
alangkah indahnya kalau cinta pertamaku adalah dia,
sayang,
kalau cinta yang kita bina selama ini akan berakhir dengan sempurna,
aku adalah insan yang paling gembira di atas muka bumi ini,
andai diri mu adalah takdir untuk diriku,
aku menerimanya dengan penuh rasa kesyukuran,

kerana,

engkau adalah cintaku,
engkau adalah semangatku,
engkau adalah segalanya bagi diriku,


aku sentiasa berdoa kepada-Nya,
moga aku ditakdirkan hidup bersamamu sehingga keakhir hayat aku,
Setiap saat yang berlalu,
setiap minit yang berlalu,
hanya dirimu di dalam fikiran ku,
Hanya ENGKAU yang satu,

Andai ada cinta yang lain datang kepadaku,
Tiada yang setanding dirimu,
Kerana CINTA dihatiku HANYA untuk DIRIMU,
Tiada cinta yang lain wujud dihatiku selain cintaku padamu.

Kepadamu kekasih,
Aku berharap pada cintamu,
semoga cinta kita berakhir dengan satu ikatan yang suci,

Andai ditakdirkan cinta kita terputus ditengah jalan,
Aku redha dengan kehendak-Nya,
Aku sentiasa mendoakan kebahagiaan bagi dirimu,
KERANA DIRIMU BEGITU BERHARGA BAGIKU.

~LOVE YOU~

No comments:

Post a Comment